MAGES_(syarikat)

Chiyomaru Studio (2019–2020)Mages Inc. (株式会社メージス, Kabushiki gaisha Mējisu, stylized "MAGES.inc"), sebelumnya 5pb. Inc. (株式会社5pb., Kabushiki gaisha 5pb., kependekan daripada "The Five powered & basics"), adalah pembangun permainan video jepun dan label rekod untuk permainan video dan muzik anime . Ia ditubuhkan pada 6 April 2005[1] selepas Chiyomaru Shikura meninggalkan Scitron untuk mengasaskan syarikat tersebut sebagai pengarah eksekutif, jawatan yang disandangnya hingga kini. Syarikat ini dibahagikan kepada dua bahagian, 5pb. Games untuk pembuatan permainan video, dan 5pb. Records selaku label rekod. Ia pernah menjadi sebahagian subsidiari TYO Group sehingga Shikura membeli segala hakcipta dari TYO Group pada April 15, 2009.[2] Shikura berkongsi pemilikan 5pb. bersama AGOne, ahli gabungan Dwango Japan.[3] Warga kerja termasuklah penulis senario Naotaka Hayashi, artis lukisan Yukihiro Matsuo, dan produser Tatsuya Matsuhara.Pada April 2011, sekumpulan syarikat yang terdiri daripada Arkray, Seed Project, Dwango Creative School, Animelo Summer Life, 5pb. Record, dan 5pb. Games digabungkan di bawah syarikat induk Mages. Inc. diketuai oleh pengarah eksekutif Chiyomaru Shikura. [4] Pada Julai 2019, Mages telah diperoleh oleh studio konsep Shikura Chiyomaru Studio, dengan matlamat untuk menjadi lebih fleksibel dan pantas dalam membuat keputusan sebagai sebuah syarikat yang bebas daripada syarikat induk mereka Dwango dan daripada kumpulan Kadokawa. Dengan itu, walaupun Mages tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kumpulan Kadokawa berikutan pembelian pengurusan, ia masih menjangka mengekalkan hubungan baik yang sama dengan kumpulan yang dimilikinya setakat ini. Seiring dengan pembelian ini, syarikat ini berhasrat untuk mengukuhkan penjenamaannya dengan menyatukan jenama 5pb. menjadi Mages. [5]Pada Mac 2020, Colopl memperoleh Mages daripada Chiyomaru Studio dengan harga ¥1.612 bilion (kira-kira AS$14.92 juta). [6]

Rujukan

WikiPedia: MAGES_(syarikat) http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-03-07/an... http://www.famitsu.com/news/201607/03109939.html http://gematsu.com/2015/03/5pb-announces-anonymous... http://gematsu.com/2015/03/chaoschild-playstation-... http://gematsu.com/2015/03/occulticnine-game-annou... http://gematsu.com/2015/03/steinsgate-0-announced http://gematsu.com/2016/05/5pb-announces-plastic-m... http://www.siliconera.com/2011/04/21/visual-novel-... http://www.siliconera.com/2015/03/29/anonymouscode... http://www.siliconera.com/2016/07/20/first-screens...