MASkargo

MASkargo atau Malaysia Airlines Kargo (Malaysia Airlines Cargo Sdn. Bhd.) merupakan syarikat pengangkutan kargo udara beribu pejabat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Syarikat ini merupakan bahagian kargo bagi syarikat ibunya Malaysia Airlines. Syarikat ini mengendalikan perkhidmatan kargo udara juga logistik kargo dari lapangan terbang ke pelabuhan melalui pengangkutan darat.