MBLAQ
MBLAQ

MBLAQ

MBLAQ (Korea: 엠블랙, Jepun: エムブラック) merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan. Perkataan MBLAQ adalah singkatan daripada "Music Boys Live in Absolute Quality" (Muzik Lelaki Hidup dalam Kualiti yang Mutlak) dan ia dibentuk oleh penghibur dari negara yang sama iaitu Rain di bawah label J. Tune Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada lima orang anggota iaitu Seungho, G.O, Lee Joon, Cheondung dan Mir. Mereka membuat kemunculan pertama kalinya pada 9 Oktober 2009 di konsert Rain, Legend of Rainism.Pada 14 Oktober 2009, MBLAQ melancarkan album single pertama mereka iaitu Just BLAQ dimana ia mendapat kedudukan pertama dalam pelbagai carta muzik di Korea Selatan.[1] Kumpulan muzik ini kemudiannya melancarkan album mini pertama mereka, Y pada 19 Mei 2012 dan album studio pertama mereka pula ialah BLAQ Style pada 10 Januari 2011.Pada 6 Disember 2014, Joon dan Cheondung telah meninggalkan MBLAQ bagi memberi tumpuan kepada kerjaya solo masing-masing.[2]