MERS-CoV
MERS-CoV

MERS-CoV

Koronavirus berkaitan sindrom pernafasan Timur Tengah (MERS-CoV),[1] atau EMC/2012 (HCoV-EMC/2012), ialah spesies koronavirus yang menjangkiti manusia, kelawar, dan unta.[2] Virus yang menjangkiti ialah virus RNA yang terkandung, positif, yang memasuki sel perumah dengan mengikat kepada reseptor DPP4.[3] Spesies ini ialah ahli Betakoronavirus adan subgenus Merbekovirus.[4][5]Pada mulanya dipanggil novel koronavirus 2012 (2012-nCoV) atau novel koronavirus (nCoV), ia mula dilaporkan 2012 selepas urutan genom virus diasingkan daripada sampel sputum daripada seseorang yang jatuh sakit akibat wabak selesema 2012 yang baru.Setakat JulI 2015, kes MERS-CoV telah dilaporkan di 21 negara, termasuk Arab Saudi, Jordan, Qatar, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait, Turki, Oman, Algeria, Bangladesh, Indonesia (tiada satupun disahkan), Austria,[6] United Kingdom, Korea Selatan,[7][8] Amerika Syarikat,[9][10] Tanah Besar China,[11] Thailand,[12] dan Filipina.[13] MERS-CoV ialah salah satu daripada beberapa virus yang dikenalpasti oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai kemungkinan penyebab wabak masa depan. Mereka menyenaraikannya untuk penyelidikan dan pembangunan yang mendesak.[14][15]