MPEG-1

MPEG-1 ialah satu piawaian awal untuk pemampatan video dan audio yang "kehilangan" (iaitu, beberapa data tersingkir untuk mengurangkan saiz fail). MPEG-1 direka untuk memampatkan video digital mentah bermutu VHS dan audio CD ke 1.5 Mbit/s (nisbah mampatan masing-masing 26:1 dan 6:1)[1] tanpa kehilangan mutu yang ketara, maka membolehkan teknologi VCD, TV kabel/satelit digital dan penyiaran audio digital (DAB).[2] [3]Kini, MPEG-1 menjadi format audio/video data kehilangan yang paling laris keserasiannya di dunia, dan digunakan dalam sebilanngan besar produk dan teknologi. Bahagian piawaian MPEG-1 yang paling terkenal mungkin sekali merupakan format audio MP3 yang diperkenalkannya.Sungguhpun lama usianya, MPEG-1 tidak semestinya lapuk atau jauh lebih rendah berbanding teknologi terkini. Menurut Leonardo Chiariglione (pengasas bersama MPEG): "Sangkaan bahawa teknologi pemampatan sentiasa meningkat adalah dongeng."[4]Piawaian MPEG-1 diterbit sebagai ISO/IEC-11172.

MPEG-1

Diperluas kepada: MPEG-2
Dibangunkan oleh: ISO, IEC
Piawai: ISO/IEC-11172
Sambungan fail: .mpg, .mpeg, .mp1, .mp2, .mp3, .m1v, .m1a, .m2a, .mpa, .mpv
Jenis media Internet: audio/mpeg, video/mpeg
Diperluas daripada: JPEG, H.261
Jenis format: audio, video, pengandung