Aplikasi MPEG-1

  • Kebanyakan perisian komputer mainan video yang popular merangkumi penyahkodan MPEG-1, di samping mana-mana format lain yang disokong.
  • Video dan audio Lapisan I/II MPEG-1 boleh dilaksanakan tanpa bayaran yuran lesen.[5] [6] [7] Due to its age, many of the patents on the technology have expired.
  • Kelarisan audio MP3 telah mencetuskan kewujudan berbagai-bagai perisian yang boleh memainkan Audio MPEG-1 (ketiga-tiga lapisan).
  • "Hampir kesemua peranti audio digital" boleh memainkan Audio MPEG-1.[8] Berjuta-juta peranti sedemikian sudah dijual setakat ini.
  • Sebelum berkembangnya MPEG-2, kebanyakan perkhidmatan TV kabel/satelit digital hanya menggunakan MPEG-1.[9] [10]
  • Kelarisan MPEG-2 di kalangan penyiar bererti MPEG-1 boleh dimainkan kebanyakan kotak atas set kabel dan satelit digital, serta pemain-pemain cakera dan pita digital, kerana adanya keserasian ke belakang.
  • MPEG-1 ialah format video dan audio eksklusif yang digunakan dalam VCD, format video digital pengguna yang terulung, danmasih merupakan format yang amat laris di seluruh dunia.
  • Piawaian Super Video CD yang berasaskan VCD, menggunakan Audio MPEG-1 sahaja, beserta Video MPEG-2.
  • Format DVD-Video mengutamakan format video MPEG-2, namun sokongan MPEG-1 jelas ditakrifan dalam piawaian.
  • Piawaian DVD Video asalnya memerlukan audio MPEG-1 Lapisan II auntuk negara-negara PAL, tetapi diubah untuk membolehkan cakera AC-3/Dolby Digital sahaja. Audio MPEG-1 Layer II masih dibernarkan untuk DVD, namun tambahan lebih baru pada format ini, seperti MPEG Multichannel, jarang disokong.
  • Kebanyakan pemain DVD juga menyokong main balik VCD dan MP3 CD yang menggunakan MPEG-1.
  • Piawaian antarabangsa Penyiaran Video Digital (DVB) mengutamakan penggunaan audio MPEG-1 Lapisan II, dan video MPEG-2.
  • Piawaian antarabangsa Penyiaran Audio Digital (DAB) hanya menggunakan audio MPEG-1 Lapisan II kerana mutu MP2 yang sangat tinggi, keperluan prestasi dekoder yang sederhana, dan ketahanan ralat.