MQ-9_Reaper
MQ-9_Reaper

MQ-9_Reaper

MQ-9 Reaper (asalnya Predator B) merupakan sebuah pesawat udara tanpa pemandu (UAV) yang dibangunkan oleh General Atomics Aeronautical Systems (GA-ASI) untuk kegunaan Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Laut Amerika Syarikat dan Tentera Udara Diraja Britain. MQ-9 adalah merupakan UAV pemburu-pembunuh yang direka untuk ketahanan tinggi dan pengawasan aras tinggi.[4]MQ-9 lebih besar dan berupaya jika dibandingkan dengan pesawat terdahulunya iaitu MQ-1 Predator. Ia boleh menggunakan sistem darat milik MQ-1.