MRT_Jakarta
MRT_Jakarta

MRT_Jakarta

Transit Aliran Deras Jakarta (Bahasa Indonesia: Moda Raya Terpadu Jakarta)[1][2] atau lebih dikenali sebagai MRT Jakarta adalah sejenis transit aliran yang terdapat di ibu negara Indonesia, Jakarta.Upacara pecah tanah bagi projek ini telah diadakan pada 10 Oktober 2013, dengan fasa 1 projek (Lebak Bulus ke Bulatan Hotel Indonesia) akan dibuka kepada orang awam pada 2019. Sasaran MRT Jakarta untuk menjalankan ujian penyepaduan dan pentauliahan adalah pada Ogos 2018, diikuti oleh ujian pengendalian dari Disember 2018 sehingga Februari sebelum ia dibuka kepada orang awam pada Mac 2019.[3][4]Sehingga Ogos 2018, satu ujian percubaan dari stesen Lebak Bulus sehingga Bulatan Hotel Indonesia telah berjaya diselesaikan.[5]

MRT_Jakarta

Pemilik Pemerintah Jakarta
Panjang sistem 16 kilometer (9.9 mi) (fasa 1)
Kawasan perkhidmatan Daerah Khusus Ibukota Jakarta dan kawasan sekitarnya
Pengelektrikan 1,500 V DC katenari atas
Operasi akan bermula pada 1 Mac 2019; 11 bulan yang lalu (2019-03-01)
Jumlah stesen 13 (fasa 1)
Tolok landasan 1,067 milimeter (3.501 ka)
Lokasi Jakarta, Indonesia
Ciri–ciri Bertingkat dan bawah tanah
Ibu pejabat Kompleks Wisma Nusantara, Lantai 21, Jalan M.H. Thamrin No. 59, Jakarta, 10350, Indonesia
Laman sesawang www.jakartamrt.co.id
Jenis transit Transit aliran
Jumlah kenderaan 16 set kereta api 6 gerabak
Jarak kepala 5–10 minit
Jumlah laluan/aliran 2
Pengendali PT MRT Jakarta
Nama asal
  • Moda Raya Terpadu Jakarta
  • MRT Jakarta