Penerbitan MX3

MX3 diterbitkan oleh ME Communications dengan kerjasama Skop Productions dan diarahkan oleh Yusof Kelana yang sebelum ini mengarahkan filem Juara (1991) dan Tragedi Oktober (1996), ia juga merupakan filem pertama beliau dalam tempoh tujuh tahun.[5] Filem ini menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 1.1 juta termasuk promosi.[1] Rosyam Nor dan Erra Fazira yang sebelum ini bekerjasama menerusi filem Gerak Khas The Movie (2001) dan Janji Diana (2003) membuat penampilan istimewa dalam filem ini.[1]

Tenaga kerja filem ini termasuk Datuk Yusof Haslam sebagai Penasihat Penerbitan, A. Galak dan Shahriza Mahmud sebagai penolong pengarah, Omar Ismail sebagai jurukamera, Omar Man (Pengarah Fotografi), Bob Musalwah dan Zainal G. Azmi (Pengurus Produksi), Salehan Shamsudin (Penyunting) dan Rosman Ibrahim (Pengurus Pengedaran). Penggambaran dijalankan selama 40 hari bermula 17 Mac 2003 dan dimuktamadkan pada 25 April 2003 di Kuala Lumpur, Bukit Tinggi dan Cameron Highlands.[5]