Macintosh
Macintosh

Macintosh

Macintosh (disebut /ˈmækɨntɒʃ/ MAK-in-tosh),[1] atau Mac, ialah satu siri bagi beberapa barisan komputer peribadi yang direka, dibangun, dan dipasarkan oleh Apple Inc. Macintosh sulung telah diperkenalkan pada 24 Januari 1984; ia merupakan komputer peribadi yang berjaya dipasarkan dengan menampilkan sebuah tetikus dan antara muka grafik pengguna, berbanding antara muka baris perintah.[2] Apple Inc. terus berjaya dengan barisan produk ini sehingga penggal kedua 1980-an, namun menghilang pada 1990-an kerana pasaran komputer peribadi beralih arah kepada pelantar "Wintel": mesin serasi IBM PC yang menjalankan MS-DOS dan Microsoft Windows.[3]