Madripoor

Kerajaan Madripoor atau Madripoor ialah sebuah negara pulau fiksyen yang terletak di perairan Asia Tenggara yang muncul dalam komik Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Marvel Comics, yang kebanyakan waktunya muncul dalam kisah siri X-Men[1]. Berdasarkan ilustrasi, ia terletak di bahagian selatan Selat Melaka antara Singapura dan Sumatera.Madripoor turut muncul beberapa kali dalam media berkaitan Marvel, seperti francais Anime Marvel dan siri Dunia Senimatik Marvel / Disney+, The Falcon and the Winter Soldier (2021).