Madu_serangga
Madu_serangga

Madu_serangga

Madu serangga atau embun madu merupakan cecair melekit yang kaya dengan gula, dirembeskan oleh afid dan sesetengah serangga teritip apabila memakan sap tumbuhan. Apabila bahagian mulutnya menembusi floem, cecair tekanan tinggi yang bergula itu dipaksa keluar dari bukaan terminal usus. Madu serangga agak kerap ditemui sebagai rembesan dari serangga Hemiptera dan lazimnya merupakan asas untuk trofobiosis.[1] Sesetengah larva kupu-kupu Lycaenidae dan sesetengah rama-rama turut menghasilkan madu.[2] Madu serangga boleh menyusahkan pekebun dengan membolehkan pertumbuhan kulat jelaga pada tumbuhan hiasan. Embun madu turut dirembeskan oleh kulat-kulat tertentu, khususnya ergot.Madu serangga dikumpul oleh sesetengah spesies burung, penyengat, lebah tukang[3] dan lebah madu, untuk diproseskan menjadi sejenis madu yang berwarna gelap dan kuat. 'Madu embun' ini amat bernilai di sesetengah negara Eropah dan Asia sebagai bahan perubatan.Semut boleh mengumpul atau "memerah" madu serangga terus dari afid yang mendapat manfaat dari kehadiran semut kerana semut boleh mengusir pemangsa afid seperti kumbang kura-kura. Di Madagascar, diketahui bahawa sesetengah spesies cicak dalam genus Phelsuma dan Lygodactylus menghampiri serangga benah Flatidae pada batang pokok dari bawah lalu mencetuskan mereka untuk mengumuhkan madu serangga dengan mengangguk-angguk kepala. Kemudian, benah itu menaikkan abdomennya dan mengumuhkan setitis madu serangga sampai ke muncung cicak itu.[4]