Sejarah Madurai

Sejak sekurang-kurangnya abad ke-5 SM, Madurai merupakan pusat kuasa empayar Pandya. Sangam, sebuah akademi kuno yang membolehkan pemuisi dan penulis Tamil berkumpul dari semasa ke semasa di bawah naungan raja-raja Pandya, wujud sejak sekitar 300 SM. Nakkeerar, pemuisi zaman Sangam, telah dikaitkan dengan sebilangan episod Sundareswarar Tiruvilayaadal yang telah dilakonkan sebagai sebahagian tradisi perayaan kuil sehingga hari ini.[5] Seawal abad ke-3 SM, Megasthanes mengunjungi Madurai, disusuli kemudian oleh banyak orang Rom dan Yunani yang berdagang dengan raja-raja Pandya tersebut.

Carta iklim untuk Madurai
JFMAMJJOSOND
 
 
20
 
30
20
 
 
14
 
32
21
 
 
18
 
35
23
 
 
55
 
37
25
 
 
70
 
37
26
 
 
40
 
36
26
 
 
50
 
36
25
 
 
104
 
35
25
 
 
119
 
34
24
 
 
188
 
32
24
 
 
145
 
30
23
 
 
51
 
29
21
Suhu purata dalam °C
Jumlah hujan dalam mm
Sumber: Nirvana Tour[6]
Penukaran imperial
JFMAMJJOSOND
 
 
0.8
 
86
68
 
 
0.5
 
90
70
 
 
0.7
 
95
73
 
 
2.2
 
99
77
 
 
2.8
 
99
79
 
 
1.6
 
97
79
 
 
1.9
 
96
77
 
 
4.1
 
95
77
 
 
4.7
 
93
75
 
 
7.4
 
90
75
 
 
5.7
 
86
73
 
 
2
 
84
70
Suhu purata dalam °F
Jumlah hujan dalam inci

Mengikut legenda, kota Madurai yang asal, dikenali sebagai ThenMadurai ("Madurai di Selatan") secara tradisi, dimusnahkan oleh tsunami di kawasan kuno yang dikenali sebagai Kumari Kandam. Kota yang baharu kemudian berkembang maju sehingga abad ke-10 apabila ia ditawan oleh Dinasti Chola, pesaing utama empayar Pandya.[5] Kemewahan Maduri kemudian dipulihkan, tetapi pada takat yang sederhana, apabila kota ini ditaklukkan oleh Empayar Vijayanagara dan diperintah oleh maharaja-maharaja Nayak. Yang paling terkenal antara maharaja-maharaja itu ialah Thirumalai Nayak.[5] Subramanya Bharathi, pemuisi negara yang terkenal, bertugas sebagai pandit (guru) bahasa Tamil di Sekolah Tinggi Sethupathy yang terletak di kota ini pada awal abad ke-20.