Simbolisme Mahadeva

Shiva digambarkan dengan sebatang Trisula yang pernahdigunakan-Nya untuk menewaskan Tripurasura, setan ego yang menduduki tiga badan– suksma, sthula dan causal. Tiga gigi Trisula merujuk kepada Vairagya (semangattersisih), Jnana (ilmu) dan Samadhi (Keadaan tertinggi tafakur). Mata ketiga-Nya ialah mataIlmu. Dengan tiga mata-Nya, Shiva melihat masa silam, kini dan masa depan. Shiva memanduseekor lembu jantan yang bermaksud Dharma. Dharma disokong oleh empat kakinyaiaitu kebenaran, kesucian, kemurahan, dan kebajikan. Simbol kemusnahan Sivaialah sebatang kapak.

Bulan sebagai Masa melambangkan kemusnahan alam semesta. Ia jugamembawa maksud kebijaksanaan. Shiva memakai bulan sebagai mahkota-Nya. Ini melambangkan bahawa Masa yang maha berkuasa juga cuma suatu barang perhiasan-Nya.[1]

Shiva ialah Ishta-devata para Yogi. Rupa Shiva penuhsimbologi Yoga. Tiga mata-Nya bermaksud matahari, bulan dan api iaitu sumber cahaya, kehidupan dan kepanasan. Ketiga-tiga mata-Nya juga bermaksud Ida, Pingala dan Sushumna. Mata ketiga-Nya juga mewakili mata ilmu dan kebijaksanaan yang menjadikan-Nya maha mengetahui.[2]

Seluruh langit dan kuasa angin menjadi rambut-Nya. Oleh itu, Shiva juga dikenali sebagai Vyomakesa (seseorang yang mempunyai langit sebagai rambutnya).[3]

Harimau ialah seekor binatang buas yang membaham mangsanya tanpa belas kasihan. Nafsu dan keinginan yang menguasai manusia dan yang tidak dapat dipuaskan boleh dibandingkan dengan harimau. Shiva membunuh harimau dan memakai kulitnya. Ini menunjukkan bahawa Shiva menakluki dan menguasai segala nafsu.[4]

Shiva juga memakai kulit gajah, seekor binatang yang amat berkuasa. Secara simbolik, ini bermaksud Shiva telah menguasai dan menghapuskan segala sifat kebinatangan.[5]

Ular-ular yang melilit badan-Nya melambangkan kematian. Oleh itu, Shiva dikenali sebagai Mrtyunjaya, penakluk kematian! Ular-ular juga mewakili kitaran masa dalam makrokosmo dan tenaga asasi - seperti tenaga seksual yang dimiliki oleh setiap benda dalam mikrokosmo. Maka, Shiva ialah Raja masa dan tenaga.[6]

Muṇḍamala atau kalungan tengkorak yang menghiasi leher Shiva dan abu suci yang disapukan pada badan-Nya bermaksud Siva ialah Raja Kemusnahan. Kalungan tengkorak juga mewakili revolusi zaman serta kemunculan dan kemusnahan umat manusia secara berturut-turut.[7]

Sungai Ganga melambangkan madu dalam Sahasrara.Bulan ialah Candramandala, kawasan putih golongan Yogi. Damaru atau gendangbermaksud Nada-Brahman. Menurut para Yogi, Sahasrara berada di Kailas, kediamansuci Shiva. Seluruh benua India ialah sebuah badan dengan enam pusat Yoga yang utamayang penting untuk golongan Shaivisme.

Sungai Ganga disanjung sebagai ejen kesucian. Maka tidak hairanlah Shiva yang menghiasai diri-Nya dengan Ganga ialah jelmaan kesucian dan penebus dosa.[8]

Shiva putih seperti salji. Keputihan Siva yang bersifat Tamas (kuasa kegelapan dan pemusnahan) mungkin kelihatan pelik dibandingkan dengan kehitaman Vishnu yang mewakili Sattva (kuasa cahaya dan pencerahan). Kedua-dua sifat yang bertentangan ini tidak boleh dipisahkan. Maka, Shiva putih di luar tetapi gelap di dalam. Sebaliknya, Vishnu pula gelap di luar dan putih di dalam.[9]  

Bagi pemuja-pemuja Shiva, perapian yang sentiasa membara atauDhuni bermaksud api Vairagya yang membakar semua ikatan dan nafsu. Merekamenyapukan abu Dhuni pada badan mereka sama seperti Shiva. Abu ialah saki-baki selepas semua nama dan rupa hilang. Ini melambangkan kesatuan sebenar yang merangkumi segalakepelbagaian. Mahayogi Shiva ialah pemusnah segala-galanya kerana Dia menyingkirkan semua kepelbagaian dan menyatukannya.      

Shiva sering kelihatan dengan dua, tiga, empat, lapan, sepuluh atau tiga puluh dua tangan. Antara objek-objek yang dipegang-Nya ialah trisula, cakra (cakera), parasu (kapak), damaru (gendang), aksamala (tasbih), mrga (rusa), pasa (tali), danda (tongkat), pinaka atau ajagava (busur), khatvanga (tongkat sakti), pasupata (lembing), padma (bunga teratai), kapala (cawan tengkorak), darpana (cermin), khadga (pedang) dan sebagainya.[10]      

Trisula ialah sebuah senjata yang penting dan ini menggambarkan Shiva sebagai Pemerintah Agung. Secara falsafah, Trisula juga bermaksud tiga Guna (sattva, rajas, dan tamas) dan tiga proses ciptaan, pemeliharaan, dan pemusnahan. Maka, Shiva sebagai pembawa trisula ialah Raja segala Guna dan proses kosmik telah bermula dengan-Nya.      

Ketika Shiva menari tandavanrtya dengan memainkan damaru (gendang kecil) sebanyak empat belas kali, bunyi-bunyi seperti a-i-un, r-lk-k, dan sebagainya telah dilahirkan. Bunyi-bunyi ini dikenali sebagai Mahesvarasutras - empat belas formula asas yang mengandungi semua abjad-abjad yang disusun dengan amat bijak dan melahirkan aturan tatabahasa. Maka, damaru ialah simbol abjad-abjad dan tatabahasa atau simbol bahasa. Dalam kata lain, ia simbol semua kata-kata - lisan dan bertulis - dan semua seni dan sains. Damaru juga menunjukkan bunyi sebagai logos - yang melahirkan seluruh alam semesta ini. Dengan memegang damaru, Siva menunjukkan bahawa segala ciptaan termasuk segala ilmu seni dan sains, telah dijadikan-Nya atau kehendak hati-Nya, atau sebagai permainan-Nya.[11]      

Aksamala (tasbih) menunjukkan bahawa Siva ialah Raja segala ilmu rohani. Khatvanga (tongkat sakti yang mempunyai tengkorak pada hujungnya) melambangkan Siva sebagai Raja ilmu sihir. Kapala (cawan tengkorak) yang digunakan-Nya untuk meminum darah ialah satu lagi simbol kuasa kemusnahan-Nya. Darpana atau cermin menunjukkan bahawa segala ciptaan ini ialah cuma suatu bayang-bayang rupa kosmik-Nya.[12]      

Sivalinga

Biasanya, Shiva tidak dipuja dalam rupa-Nya sebagai mulamurti (imej asli yang ditabalkan di kuil) tetapi sebagai utsavamurti (imej yang digunakan semasa perayaan untuk dibawa dalam perarakan).[13]      

Secara literal, Linga bermaksud suatu simbol atau tanda. Maka, 'Sivalinga' bermaksud simbol Shiva. 'Shiva' bermaksud tempat di mana alam semesta tidur selepas kemusnahan. 'Linga' juga mempunyai maksud yang sama - iaitu suatu tempat di mana benda-benda lenyap semasa kemusnahan alam semesta. Menurut agama Hindu, Tuhan yang sama yang mencipta, memelihara dan memusnahkan alam semesta ini. Maka, Sivalinga boleh dikatakan sebagai lambang Tuhan Sendiri.[14]      

Menurut Lingapurana (bab 17 hingga 20), Brahma dan Vishnu menjadi bongkah dan angkuh akan kesaktian Mereka. Shiva muncul sebagai sebatang tiang api yang tiada penghujung dan mencabar Mereka untuk mencari bahagian hujung tiang itu. Mereka gagal untuk mencarinya dan akhirnya mengakui kekalahan. Tiang api ini dikenali sebagai linga kerana pada masa Pralaya, semua hidupan akan lenyap dalamnya.      

Terdapat dua jenis Sivalinga - cala (boleh alih) dan acala (tidak boleh alih).      

Cala-linga

Cala-linga boleh disimpan di rumah seseorang untuk pemujaan atau dibuat dengan benda-benda mudah hapus seperti tanah liat. Cala-linga boleh dilarutkan selepas pemujaan. Ia juga dipakai dengan rantai leher sebagai ishtalinga seperti yang dilakukan oleh penganut Virasaiva (juga dikenali sebagai Lingayat).[15]      

Acala-linga

Acala-linga pula ialah imej yang ditabalkan di kuil. Biasanya, acala-linga dibuat daripada batu dengan tiga bahagian. Bahagian bawah berbentuk segi empat dan dipanggil sebagai Brahmabhaga dan ia mewakili Brahma, Pencipta. Bahagian tengah yang berbentuk oktagon dipanggil sebagai Vishnubhaga dan ia mewakili Vishnu, Pemelihara. Kedua-dua bahagian ini berada pada bahagian dalam. Bahagian berbentuk silinder yang timbul di luar dinamakan Rudrabhaga. Pemujaan dilakukan pada Rudrabhaga (maka dikenali sebagai Pujabhaga). Bahagian Pujabhaga juga mempunyai beberapa garis yang dikenali sebagai Brahmasutra. Sebuah Linga tanpa garisan Brahmasutra tidak boleh dipuja.[16]      

Secara amnya, linga dibahagikan kepada dua kumpulan: akrtrima (semulajadi) dan krtrima (buatan manusia). Linga semulajadi termasuk svayambu linga (yang wujud secara semulajadi dari perut bumi) dan banalinga (terbentuk daripada batu kuarza) yang terdapat di sungai Narmada. Terdapat pelbagai bentuk, saiz dan warna banalinga. Linga-linga ini dianggap sebagai suci semulajadi, dan oleh itu tidak memerlukan upacara pemujaan khas.[17]      

Cala linga boleh diperbuat daripada beberapa bahan seperti tanah liat, kayu, batu permata atau logam. Logam-logam yang sesuai ialah seperti emas, perak, tembaga dan logam loceng. Batu permata seperti delima, zamrud, belian, batu topaz, dan mutiara sesuai dijadikan linga. Antara kayu yang sesuai untuk membuat linga ialah kayu cendana, pain, vilwa dan sebagainya.[18]      

Bagi memenuhi hasrat seseorang, beberapa linga dicadangkan untuk pemujaan. Misalnya, pemujaan linga daripada batu mutiara akan menghapuskan dosa seseorang. Linga batu topaz pula memberikan kekayaan.      

Kadang-kadang, muka Shiva akan diukir pada pujabhaga. Linga begini dinamakan sebagai 'Isvaralinga'. Jika seluruh rupa Shiva diukir, maka ia dinamakan sebagai 'Rudralinga'. Sekiranya, rupa Shiva diukir di tengag-tengah linga, ia dikenali sebagai 'Lingodbhavamurti'.      

Di India Selatan terdapat lima kuil-kuil Shiva yang mewakililima unsur-unsur alam. Tempat-tempat ini berada di Kanci (bumi), Tiruvanaikavu berdekaranTrichy (air), Kalahasti (angin), Tiruvannamalai (api) dan Chidambaram(angkasa).