Peninggalannya Maharaja_Chongzhen

Walaupun Maharaja Chongzhen tidaklah secekap penguasa Ming terdahulu jika mengikut standard Ming , baginda bagaimanapun menyandang nasib dinasti Ming. Baginda telah melakukan yang terbaik dalam menyelamatkan dinasti. Walau bagaimanapun,disamping reputasinya yang bekerja keras, maharaja mempunyai personaliti paranoid, tidak sabar, keras kepala dan tidak mengambil berat terhadap nasib rakyatnya yang merana dalam keruntuhan empayar pemerintahannya. Percubaan baginda untuk pembaharuan sambil tidak mengambil kira kejatuhan besar kuasa pengaruh Ming, yang sudah jauh meninggalkan saat permulaan pemerintahannya. Sepanjang pemerintahan 17 tahun, Maharaja Chongzhen telah menjatuhkan hukuman mati tujuh gabenor tentera, 11 komander serantau, menggantikan Menteri Pertahanan sebanyak 14 kali, dan melantik 50 menteri yang tidak pernah berlaku sebelum ini kepada Urusetia Agung (sama dengan kabinet dan kanselor).[23] Walaupun Dinasti Ming masih mempunyai komander berkebolehan dan ahli-ahli politik yang mahir dalam tahun-tahun akhirnya, Maharaja Chongzen yang tidak sabar dan personaliti paranoid baginda telah menghalang mereka untuk menggubal sebarang rancangan kukuh yang dapat menyelamatkan keadaan apabila dalam bahaya.

Khususnya, pelaksanaan hukuman mati oleh Maharaja Chongzhen terhadap Yuan Chonghuan atas dasar yang sangat rapuh dianggap sebagai tamparan yang sememangnya membawa maut. Pada akhir hayatnya, Yuan adalah komander tertinggi daripada kesemua kuasa tentera di timur laut, dan baru sahaja bergegas dari penjagaan sempadan dalam mempertahankan ibu kota untuk melawan serangan pencerobohan oleh golongan Manchu. Sebahagian besar dekad sebelumnya, Yuan pernah berkhidmat sebagai benteng pertahanan Empayar Ming di utara, di mana beliau bertanggungjawab untuk menjamin sempadan Ming pada satu masa, apabila Empayar mengalami kekalahan demi kekalahan yang memalukan. Kematiannya yang tidak adil itu memusnahkan semangat juang tentera Ming dan memadamkan satu daripada halangan terbesar Manchu terhadap penaklukan China.