Pengaruh Maimonides

Halaman judul The Guide for the Perplexed

Maimonides adalah salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam falsafah Yahudi zaman pertengahan. Satu ungkapan popular zaman pertengahan yang juga menjadi epitafnya menyatakan Daripada Moshe (ibn Imran) kepada Moshe (ibn Maimon) tiada seorang pun yang serupa dengan Moshe.

Sarjana-sarjana Yahudi radikal dalam kurun-kurun berikutnya dapat dicirikan sebagai "pro-Maimonides" atau "anti-Maimonides." Sarjana-sarjana sederhana mengamalkan eklektisime yang sebahagian besarnya menerima pandangan dunia Aristotelianisme Maimonides, tetapi menolak elemen-elemen yang dianggap mereka bertentangan dengan tradisi agama. Eklektisisme sebegitu mencapai puncaknya pada kurun-kurun ke-14 dan 15.

Kritik yang paling keras di zaman pertengahan adalah Or Adonai oleh Hasdai Crescas. Crescas menentang arah aliran eklektik itu dengan memusnahkan kepastian pandangan dunia Aristotelianisme, bukan sahaja dalam urusan keagamaan, malah dalam bidang-bidang sains paling asas pada zaman pertengahan (seperti fizik dan geometri). Kritik Cescas mendorong sebilangan sarjana kurun ke-15 untuk menulis pembelaan bagi Maimonides. Terjemahan karya Crescas telah dihasilkan oleh Harry Austryn Wolfson dari Harvard University pada tahun 1929.

Rujukan

WikiPedia: Maimonides http://www.library.dal.ca/kellogg/Bioethics/codes/... http://www.achgut.com/dadgdx/index.php/dadgd/artic... http://www.aish.com/spirituality/philosophy/Maimon... http://faur.derushah.com/articlesbyhakhamjosefaur.... http://www.derushapublishing.com/siddur-mesorath-m... http://www.encyclopaediajudaica.com/sample-article... http://www.floridajewishnews.com/site/a/major_gran... http://jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=905&l... http://www.jewishencyclopedia.com/view.jsp?artid=9... http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=12096270...