Organisasi Majlis_Konsultasi_Perpaduan_Negara

Setakat ini ahlinya seramai 29 tokoh tokoh masyarakat, ahli akademik, pemikir, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) selain ahli politik daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.Mereka telah menerima watikah pelantikan daripada Najib. Pengerusi MKPN ialah Tan Sri Samsudin Osman dan Timbalan Pengerusi MKPN, Tan Sri Lee Lam Thye.[2]

Majlis pelancaran di Kuala Lumpur turut disertai oleh Samsudin Osman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Joseph Kurup dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Dato Lee Lam Thye, Dato Saifuddin Abdullah, Marina Mahathir, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot, Napisah Omar dan lain-lain.