Majlis_Latihan_Skuba_Rekreasi_Dunia

Majlis Latihan Skuba Rekreasi Dunia atau dalam bahasa Inggeris World Recreational Scuba Training Council (WRSTC) telah diasaskan pada 1999 dan ia didedikasikan khusus untuk melaksanakan standard piawaian latihan minimum bagi latihan selam rekreasi termasuklah selam skuba. Ini juga bagi mengawal dan memantau aktiviti pengeluaran sijil skuba kepada agensi latihan skuba yang bertauliah di seluruh dunia. Pemberian keahlian WRSTC adalah sangat terhad kepada sesebuah negara mahupun majlis-majlis wilayah. Majlis-majlis wilayah yang terdiri dari organisasi latihan persendirian hanya merangkumi 50 % sahaja dari keseluruhan pemegang sijil selam tahunan yang terdapat dalam majlis ini. Ahli-ahlinya hadir dari pelbagai negara dan benua.[1] Sesuatu majlis negara dan kebangsaan pula disebut sebagai RSTC (Majlis Latihan Skuba Rekreasi).Organisasi latihan selam rekreasi yang terkenal juga tidak semestinya boleh tergolong sebagai ahli organisasi dalam majlis ini mahupun ahli di dalam Confédération Mondiale des Activités Subaquatiques (CMAS), misalnya National Association of Underwater Instructors (NAUI),[2] Kelab Sub-Aqua British (BSAC), dan International Association of Nitrox and Technical Divers (IANTD).[3]