Peranan Majlis_Pembakuan_Bahasa_Cina_Malaysia

Majlis tersebut menyatakan bahawa misinya adalah untuk "menggalakkan penggunaan bahasa Cina baku, termasuk nama terjemahan, fonetik, tatabahasa, istilah dan teks, tanpa mengehadkan penggunaan dialek bahasa Cina." Ia mengandungi 6 bahagian yang Ia mengawal enam aspek bahasa: penterjemahan, maklumat, fonetik, tatabahasa, perkataan dan penulisan, dan penerbitan.

Keahlian

Ahli Majlis mengandungi wakil daripada Kementerian Pelajaran, Persatuan Terjemahan dan Penulisan Kreatif, Gabungan Pertubuhan Cina (Huazhong), sektor pendidikan bahasa Cina swasta, Kementerian Perumahan, surat khabar bahasa Cina, stesen radio bahasa Cina dan universiti awam.[3]

Pengerusi

Yang berikut merupakan senarai pengerusi majlis mula dari tahun 2004:[1]

  1. Donald Lim Siang Chai, sebagai Timbalan Menteri Maklumat (2004–2006)
  2. Hon Choon Kim, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (2006–2009)
  3. Wee Ka Siong, sebagai Timbalan Menteri Pelajaran (2009–sekarang)