Sejarah Majlis_Pembakuan_Bahasa_Cina_Malaysia

Pada 1997, Malaysia mengadakan Seminar tentang Pengajaran Bahasa Cina di Asia Tenggara, selepas ahli-ahli pakar bahasa Cina di Malaysia bersetuju untuk membentuk Jawatankuasa Kerja Pembakuan Bahasa Cina, yang merupakan pendahulu Yufan. Jawatankuasa tersebut mengandungi ahli daripada organisasi-organisasi masyarakat. Ia dibubarkan pada tahun 2003.

Untuk membakukan penggunaan bahasa Cina oleh media bahasa Cina di Malaysia, Kementerian Maklumat membentuk Majlis Pembakuan pada 12 Februari 2004.