Majlis_Pemulihan_Negara
Majlis_Pemulihan_Negara

Majlis_Pemulihan_Negara

Majlis Pemulihan Negara adalah sebuah majlis mesyuarat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara yang diasaskan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[1]Antara tugasnya adalah untuk menyokong Jemaah Menteri dalam pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara. Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan antara komponen utama dalam Pelan Pemulihan Negara antara yang paling diberikan perhatian. Selain daripada itu, proses memudahcara pembukaan sektor-sektor ekonomi, sosial dan keagamaan turut diberi perhatian.Mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi membendung wabak COVID-19 supaya dapat beralih dari pandemik kepada endemik.[2]