Jadual Major_League_Baseball

Musim MLB terdiri daripada latihan musim bunga (pramusim), musim tetap, perlawanan bintag-bintang terkemuka (All-Star Game) serta peringkat kalah mati (Playoffs) termasuk World Series ("Siri Sedunia").

Latihan musim bunga

Sebelum musim tetap bermula, pasukan-pasukan akan melatih serta mengadakan beberapa perlawanan persahabatan. Pemain-pemain menggunakan tempoh masa ini bersaing untuk kedudukan dalam pasukan. Perlawanan-perlawanan biasanya diadakan di tempat cuaca panas. Tempoh latihan musim bunga adalah kira-kira dua bulan.

Perlawanan bintang-bintang

Perlawanan bintang-bintang terkemuka diadakan pada awal Julai, kira-kira tengah musim. Perlawanan ini dimainkan antara pasukan pemain National League dengan pasukan American League. Subliga yang memenangi perlawanan ini memperoleh hak wakilnya dalam World Series menjadi tuan rumah bagi empat perlawanan (per tujuh).

Rujukan

WikiPedia: Major_League_Baseball http://www.armchairgm.com/index.php?title=MLB http://www.ballparks.com http://www.ballparks.com/baseball/american/anahei.... http://www.ballparks.com/baseball/american/bpkarl.... http://www.ballparks.com/baseball/american/comis2.... http://www.ballparks.com/baseball/american/detbpk.... http://www.ballparks.com/baseball/american/fenway.... http://www.ballparks.com/baseball/american/jacobs.... http://www.ballparks.com/baseball/american/kauffm.... http://www.ballparks.com/baseball/american/metrod....