Sejarah Makhluk_Berekor

Lihat juga: Jinchūriki
Jūbi dan Rikudō Sennin sebagai jinchūrikinya

Berkurun-kurun sebelum permulaan sejarah dunia ninja, terdapat seekor makhluk raksasa yang dinamakan Makhluk Berekor Sepuluh yang telah memporak-perandakan dunia sehinggalah ia dikalahkan oleh seorang ninja hebat bernama Rikudō Sennin yang kemudiannya "mengurung" bijū ke dalam tubuhnya sendiri. Pengurungan ini menjadikan Rikudō Sennin sebagai perumah atau jinchūriki pertama kepada makhluk berekor di dalam dunia ninja Naruto. Bagaimanapun, apabila Rikudō Sennin mengetahui bahawa kematiannya bakal melepaskan semula Jūbi ke dunia, maka Rikudō Sennin telah menggunakan kebolehannya yang dipanggil Penciptaan Semua Benda, lalu memisahkan chakura Jūbi menjadi sembilan ekor bijū yang lain. Rikudō Sennin kemudiannya menggunakan teknik Chibaku Tensei untuk menyalut tubuh Jūbi yang mana kemudiannya menjadi sebagai bulan[2][3].

Menjelang penubuhan kampung ninja, Hokage Pertama iaitu Harashima Senju telah menggunakan teknik Gaya Lepas Sifat Kayu yang dimilikinya untuk menangkap dan mengawal kebanyakkan bijū. Harashima menggunakan bijū tersebut sebagai simbol meterai pendamaian terhadap perkampungan ninja lain untuk menyeimbangkan kuasa antara mereka[4]. Namun, selepas kematian Harashima, kebanyakan perkampungan ninja yang telah "dihadiahkan' dengan bijū tersebut tidak mampu untuk mengawalnya dengan kuasa mereka sendiri. Mereka kemudiannya mendapat idea untuk menyalut bijū tersebut kepada perumah manusia atau jinchūriki. Untuk memastikan jinchūriki ini tidak belot kepada kampung ninja masing-masing, maka menjadi kebiasaan bahawa jinchūriki ini dipilih daripada kalangan keluarga rapat kage setiap perkampungan ninja, seperti anak-anak, adik-beradik atau pasangan kepada kage tersebut. Kekuatan jinchūriki tersebut kemudiannya digunakan untuk melindungi kampung ninja masing-masing dan menjadi lambang "hidup" kepada kuasa Kage[5]. Di sepanjang sejarah, hanya terdapat beberapa jinchūriki yang mempolehi kebolehan untuk mengawal bijū yang disalut ke dalam tubuh mereka[6]. Menjelang Peperangan Dunia Ninja Keempat, Akatsuki telah berjaya menangkap dan menyalut tujuh daripada sembilan bijū yang ada.

Melalui komen-komen yang diberikan oleh Makhluk Berekor Lapan Hachibi dan Makhluk Berekor Sembilan Kyūbi menunjukkan bahawa ia saling mengenali namun tanpa ada rasa hormat sesama sendiri[7][8]. Tambahan pula, semasa Naruto menyalut kembali Kyūbi, ia telah memberikan bayangan kata-kata mengenai Rikudō Sennin (namun tidak melengkapkan perbualannya), yang mana ini berkemungkinan boleh dianggap bahawa Kyūbi tahu mengenai Jūbi[9].