Pemerihalan Malas_(burung)

Keluarga burung malas ialah keluarga yang sangat konservatif dari segi rupa, dengan semua spesies hampir menyerupai satu sama lain; gambaran spesies dalam kesusasteraan ornitologi menyatakan tentang penampilan luar biasanya.[6] Malas berpanjang antara 21–58 cm (8.3–22.8 in). Ia menyerupai burung tukang yang duduk tegak, sebuah keluarga yang berkait rapat (Caprimulgidae). Ia juga menyerupai burung segan di Australasia, yang lebih berisi dan mempunyai paruh yang lebih berat. Ia mempunyai kepala yang lebih besar berbanding saiz badannya dan sayap dan ekor yang panjang. Kepala besarnya dipenuhi oleh paruh besar yang luas dan mata yang besar. Dalam pemerihalan keluarga tersebut dalam Buku Panduan Burung Dunia, Cohn-Haft menggambarkan malas sebagai "lebih sedikit daripada mulut dan mata yang terbang".[6] Paruhnya, walaupun besar dan luas, juga pendek, hampir tidak menonjol melepasi mukanya. Ia halus, tetapi mempunyai "gigi" yang unik pada sisi pemotong rahang atas yang boleh membantu dalam mencari makanan. Tidak seperti burung tukang yang berkait rapat, malas tidak mempunyai bulu kejur di sekeliling mulut. Kaki dan batang kakinya lemah dan hanya digunakan untuk bertenggek.

Matanya besar, bahkan lebih besar daripada mata hantukang. Seperti dalam kebanyakan spesies burung nokturnal, ia memantulkan cahaya lampu suluh.[12] Matanya, yang boleh dilihat oleh bakal pemangsa pada waktu siang, mempunyai celahan luar biasa pada kelopak matanya,[13] yang membolehkan burung malas merasakan pergerakan walaupun matanya tertutup. Buluannya samar- samar, membantunya menyatu dengan dahan tenggeran sehariannya.