Malas_(burung)
Malas_(burung)

Malas_(burung)

Burung malas ialah sekumpulan burung yang berkaitan dengan burung tukang dan burung segan. Keluarga Nyctibiidae dahulunya termasuk bersama burung tukang dalam order Caprimulgiformes tetapi kini diletakkan dalam order berasingan, Nyctibiiformes. Terdapat tujuh spesies dalam dua genera di Amerika Tengah dan Selatan tropika. Bukti fosil menunjukkan bahawa ia juga mendiami Eropah semasa Paleogen.Malas ialah insektivor nokturnal yang tidak mempunyai bulu kejur di sekeliling mulutnya yang terdapat pada tukang. Ia memburu dari tempat bertenggek seperti tirjup atau sambar. Pada siang hari ia tenggek menegak di atas tunggul pokok, disamarkan supaya kelihatan seperti sebahagian daripada tunggul tersebut. Ia hanya menghasilkan sebiji telur bertompok dalam satu sangkak yang terus ditelurkan di atas tunggul pokok.Di Argentina dan Bolivia, ia dikenali sebagai kakuy[2] daripada Quechua yang bermaksud 'kekal'. Di Brazil, ia dipanggil urutau dari bahasa GuaranĂ­ guyra 'burung' dan tau 'hantu'.[3]