Malaysiantalents.com

malaysiantalents.com ialah sebuah agensi pencarian bakat seni di Malaysia, dan juga tajuk bagi siri televisyen Internet yang merakamkan kegiatan-kegiatan agensi ini, serta siri Internet utama kedua yang dikeluarkan di portal hiburan gua.com.my selepas Kerana Karina. Dalam siri yang diilhamkan daripada siri televisyen British The Office ini, Douglas Lim selaku ketua pegawai eksekutif dan pengarah kesenian agensi ini mempelawa sebilangan orang artis untuk mengambil perkhidmatan agensi beliau. Sunnguhpun agensi ini benar-benar wujud, namun siri Internetnya dibikin dengan panduan skrip.[1] malaysiantalents.com bermula siarannya pada 15 Januari 2008.Agensi malaysiantalents.com (di dunia sebenar) adalah milik Skyline Productions Sdn. Bhd.