Malnutrisi
Malnutrisi

Malnutrisi

Malnutrisi merupakan keadaan yang terhasil akibat pengambilan nutrisi yang tidak mencukupi di mana sesetengah zat kurang atau dalam nisbah yang salah.[1][2] Sejumlah keadaan permasalahan nutrasi mungkin timbul, bergantung kepada nutrasi mana yang kurang atau terlebih dalam permakanan. Di kebanyakan di dunia, malnutrasi wujud dalam bentuk kekurangan nutrisi, yang disebabkan oleh permakanan yang kekurangan kalori dan protein.[3][4] Sungguhpun malnutrasi lebih biasa dikalangan negara membangun, ia turut wujud di negara industri. Di negara lebih kaya ia biasanya dalam bentuk yang disebabkan oleh permakanan tidak sihat dengan terlebih tenaga, lemak, dan karbohidrat diproses. Trend meningkat kegemukan (obesiti) kini merupakan kebimbangan kesihatan awam utama pada tahap sosial-ekonomi rendah dan juga di negara membangun.[5]Tanda-tanda yang paling biasa adalah kehilangan berat badan yang tidak dirancang. Walau begitu, terdapat juga orang gemuk yang kurang sihat kerana pengambilan makanannya bukanlah diet yang sihat.~Mudah letih.~Kepekatan berkurangan.~Kemurungan.~Tidak dapat melaksanakan tugas biasa.~Mudah dijangkiti kerana menurunkan sistem imun.~Proses penyembuhan luka perlahan.~Mudah sejuk.~Perubahan dalam mood atau mood.~Kehilangan selera makan.~Mudah jatuh kerana otot lemah.