Mania!

Mania! ialah sebuah rancangan realiti berbentuk pertandingan nyanyian dan karya lagu yang diterbitkan oleh Astro dan disiarkan di Astro Ria dan juga saluran istimewa HD iaitu Saluran 188. Siaran langsung Mania! juga dipancarkan di Internet menerusi tapak sesawang rasminya.Tidak seperti rancangan realiti nyanyian lain yang melibatkan bakat yang baru-baru belaka, Mania! melibatkan seniman-seniman yang sudah terkenal dan berpengalaman berlumba sesama sendiri untuk merebut hadiah utama di bawah naungan penerbit muzik terkenal.