Respon Manjalara

Pada mulanya, slot drama bersiri ini mencetuskan kontroversi kerana skrip asalnya adalah cerita luar negara. Walau bagaimanapun, pengadaptasian cerita tersebut kepada suasana masyarakat Melayu berjaya menarik perhatian banyak penonton tempatan. Hal ini sekaligus menaikkan nama Emelda Rosmila yang menjadi pendukung watak utama serta watak-watak lain. Cerita ini juga turut mendapat perhatian penonton dari pelbagai golongan masyarakat yang memuji perwatakan watak utama bersama jalan cerita yang lain dari drama siri Melayu yang biasa.