Trivia Manjalara

  • Nama Manjalara digunakan sempena ibu kepada Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Makche Manjelara.
  • Dalam cerita ini, Manjalara adalah gabungan dua nama iaitu Manja dan Lara yang digunakan oleh watak utama untuk dua blok berbeza.
  • Manjalara juga adalah nama kepada bandar di Kuala Lumpur yang mempunyai sekolah dengan dan taman tasik dengan nama tersebut.
  • Pelakon watak Manja, Emelda Rosmila diberi tempoh dua minggu sebelum penggambaran untuk menaikkan berat badan daripada 47 kg kepada 57 kg.
  • Walaupun diminati ramai, siri ini sebenarnya diadaptasikan daripada sebuah telenovela popular dari Venezuela, Mi Gordo Bella. Pengarah siri ini, Khabir Bhatia, juga pernah mengambil idea daripada Love Actually dalam menghasilkan filem Cinta.
  • Kebanyakan watak tidak menyebut "congratulations" dengan betul.
  • Setiap babak pertemuan kali pertama antara watak yang membawa kepada cinta adalah melibatkan kemalangan, contohnya terlanggar, terjatuh, tergelincir dan sebagainya.
  • Ketika masih gemuk, Manja tidak pernah memakai baju lengan pendek.
  • Disebabkan kemanjaan watak-watak dalam blok Manja, sebutan ayat yang mempunyai perkataan tunggal seperti "please" dan "sorry" sering dipanjangkan. Walau bagaimanapun, perlakuan tersebut berkurangan setelah Lara muncul.[1]