Mansoor_Khan

Mansoor Khan ialah seorang pengarah dan penerbit filem India yang terkenal menerusi karyanya di Bollywood. Anak kepada pembikin filem Nasir Hussain, Khan mengarahkan filem pertamanya Qayamat Se Qayamat Tak (1988), yang mana Khan memenangi Anugerah Filem Kebangsaan untuk Filem Popular Terbaik yang Menyediakan Hiburan Menyeluruh dan Anugerah Filmfare untuk Pengarah Terbaik pada tahun tersebut.[1] Arahan sulung Khan bermula dari genre romantik muzikal di Bollywood.[2][3]Beliau meraih kejayaan empat tahun kemudian dengan Jo Jeeta Wohi Sikander (1992). Dua filem terakhir Khan; Akele Hum Akele Tum (1995) dan Josh (2000) meraih kejayaan sederhana. Pada tahun 2008, beliai kembali, sebagai penerbit, dan menerbitkan bersama filem Jaane Tu Ya Jaane Na bersama Aamir Khan, yang menjadi penampilan pertama anak saidaranya Imran Khan.[2][3]