Perhubungan Mantin

Laluan Udara

Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang teretak 38km dari Mantin. Ia merupakan laluan keluar-masuk utama jalan udara ke Malaysia.

Laluan Darat - Kereta

  1. Dari KLIA, keluar dari kawasan lapangan terbang, melalui Salak Tinggi, Nilai, dan Pajam melalui Jalan Nilai-Pajam sepanjang 38km.
  2. Dari Bandar Seremban, memandu ke utara melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1 sepanjang 17km.
  3. Dari Kajang, memandu ke selatan melalui Laluan Persekutuan Malaysia 1 sepanjang 28km.
  4. Dari Lebuhraya Utara-Selatan, keluar melalui Persimpangan Nilai dan ambil kiri, melalui Pajam sepanjang 16km.
  5. Dari Lebuhraya Kajang-Seremban, keluar melalui Persimpangan Mantin dan ambil kiri. Lebuh raya ini menghubungkan Mantin secara langsung dengan Kajang dan Seremban.

Laluan Darat - Kereta Api

  1. Stesen Kereta Api terdekat ialah Stesen KTM Seremban di mana ia terletak dalam Bandar Seremban. Ia merupakan destinasi terakhir dalam Laluan Rawang-Seremban menawarkan perkhidmatan KTM Komuter menuju Kuala Lumpur dan Rawang. Stesen ini dihubungkan dengan laluan pejalan kaki ke Terminal Bas Seremban.
  2. Sebagai alternatif, boleh berhenti di Stesen KTM Batang Benar dalam jarak 10km dari Mantin, tetapi ia hanya untuk perkhidmatan KTM sahaja.

Laluan Darat - Bas

Hanya CityLiner Laluan T50 (Seremban-Mantin-Nilai) menghubungkan antara Terminal One Seremban, Negeri Sembilan dan Terminal Bas dan Teksi di Pekan Nilai, Negeri Sembilan. Laluan 818 Seremban-Mantin-Kajang telah diberhentikan pada awal tahun 2018.

Kadar tambang bas Laluan T50 dari Pekan Mantin berharga RM2.50.

Rujukan

WikiPedia: Mantin http://119.110.108.124/emasjid/publicMasjid_Papar_... http://www.dromoz.com/directory/maps/?epid=18501 http://www.ktgeducation.edu.my/about/ http://www.newera.edu.my/files/imrs/publication/MJ... http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1138 http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1147 http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1148 http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=1149 http://www.mpsns.gov.my/web/guest/senarai-masjid http://myliis3.mygeoportal.gov.my/upi/