Maqlubah
Maqlubah

Maqlubah

Maqlubah (Arab: مَقلُوبَة‎‎‎, rumi: maqlūbahcode: ar is deprecated terbitan kata kerja قَلَبَ‎ qalaba "membalikkan"[1]) adalah hidangan nasi tradisional beberapa negara rantau Syam yakni Iraq,[2] Lubnan,[3][4] Palestin,[5][6][7][8] Jordan,[9][10] dan Suriah.[11][4] Nasi ini dimasak dengan daging dan sayuran goreng yang ditempatkan dalam periuk yang kemudiannya ditelangkupkan.[12] Ia sering kali disajikan dalam acara pesta dan pertemuan besar.Hidangan ini sudah ada sejak berabad-abad yang lalu dan ditemukan dalam buku himpunan resipi Kitab al-Tabikh bertarikh seawal abad ke-13,[13] bahkan ada catatan yang menyatakan ia disediakan kepada Salahuddin al-Ayyubi dan para askarnya selepas membuka Baitulmaqdis pada 637 M:[14]...جاء يوم فتح مدينة القدس على يد القائد صلاح الدين الأيوبي ودخوله وجنوده المدينة، واحتفالًا بهذا النصر والفتح قام أهل مدينة القدس بتقديم الطعام إلى صلاح الدين وجنوده كعادة المسلمين في هذه المناسبات، عندما أكل صلاح الدين من أكلة أعجبته كثيرًا فسأل عن اسم هذه الأكلة واصفًا إياها (الأكلة المقلوبة)....‎
("Pada hari datangnya Salahuddin al-Ayyubi dan tenteranya menuju bandar [Baitulmaqdis], para penduduk bandar itu memasak besaran untuk meraikan ketibaan mereka. Ketika masa inilah Salahuddin memakannya dan sangat menyukainya, maka beliau bertanyakan kepadanya nama lauk ini [yang digambarkan beliau sebagai 'lauk yang telangkup']...")

Maqlubah

Suhu penghidangan Panas
Jenis sajian Hidangan
Bahan utama Daging, nasi, dan sayur (tomato, bunga kobis, kentang, terung)
Kawasan/rantau Timur Tengah
Nama alternatif Maqluba, maaluba, magluba, maqlouba, maqlooba
Tempat asal Syam}
Jenis Makanan