Sejarah Marble_Arch

Pada 1828, John Nash reka bentukkan gerbang berasaskan gerbang triumphal dari Constantine di Rom. Ia terdahulunya didirikan di The Mall sebagai pintu masuk ke Istana Buckingham yang baru, yang dibina semula oleh Nash dari bekas Rumah Buckingham. Pada waktu itu, Istana Buckingham belum lagi mempunyai muka hadapan timur yang leper kini, yang bermakna laman bahagian dalam, dirusuk oleh dua sayap, pada masa itu masih buka di satu belah. Marble Arch telah diletak di pintu masuk ke bahagian terbuka laman ini.

Pada 1851, gerbang ini telah berpindah ke tempat kininya dewaktu pembangunan muka hadapan timur pada istana. (Sebuah cerita masyhur mengatakan gerbang dipindah kerana ia terlalu sempit untuk kereta negara Ratu untuk lalu, tetapi, ternyatanya, kereta negara emas melaluinya sewaktu upacara kemahkotaan Elizabeth II pada 1953).[2]

Ia telah dispekulasikan bahawa gerbang itu telah dipindah menyeberangi jalan ke Taman Hyde, atak sesetengah lokasi yang lebih mudah dicapai, daripada tempat kininya di sebuah pulau laluan kenderaan.[3]