Marlboro
Marlboro

Marlboro

Marlboro (tulisan Jawi : مارلبورو) ialah sebuah jenama rokok yang terkenal dan terbesar di dunia. Ia dibuat oleh Philip Morris USA (sebuah cawangan Altria) di Amerika Syarikat, dan oleh Philip Morris International (kini berasingan daripada Altria) di luar Amerika Syarikat. Ia dilancarkan pada tahun 1904. Ia terkenal dengan papan iklan, iklan majalah lelaki Malboro dan sejarah yang panjang yang dikaitkan dalam penajaan sukan permotoran. Richmond, Virginia adalah lokasi kilang Marlboro terbesar.Dalam sukan lumba kenderaan, Marlboro menaja MotoGP dan F1. Dalam sukan badminton, Marlboro menaja Piala Thomas, Piala Uber, dan Piala Sudirman.