Mariam_Baharum
Mariam_Baharum

Mariam_Baharum

Mariam Baharum (1935– 9 Ogos 2010) atau 'Mariam Tahi Lalat' merupakan seniwati filem Melayu tahun 1950-an khususnya di Malay Film Productions Ltd, Jalan Ampas, Singapura. Seniwati filem Melayu tahun 50-an ini juga merupakan ibu kepada penyanyi terkenal Singapura, Rahimah Rahim meninggal dunia di rumahnya, Yishun, Singapura.[1]Mariam, bekas pelakon veteran di Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas, meninggal dunia kerana sakit tua. Mariam aktif berlakon pada 1950-an dalam filem Aloha (1950), filem Dewi Murni (1950), filem Kembar (1950). Pada 1952, beliau berlakon dalam filem Aladdin, sebelum berlakon dalam filem Kipas Hikmat dan filem Abu Hassan Penchuri pada tahun 1955. Beliau turut berlakon dalam filem Antara Dua Darjat pada tahun 1960.