Marine_Le_Pen
Marine_Le_Pen

Marine_Le_Pen

Marine Le Pen (lahir sebagai Marion Anne Perrine Le Pen; 5 Ogos 1968 di Neuilly-sur-Seine, Hauts-de-Seine, Île-de-France) adalah seorang ahli politik Perancis. Beliau adalah anak perempuan kepada Jean-Marie Le Pen, yang merupakan ketua parti Barisan Nasional untuk beberapa tahun yang agak lama. Beliau dan keluarganya telah menjadi sasaran untuk cubaan pembunuhan pada tahun 1976 apabila Le Pen berumur 8 tahun. Beliau mempelajari undang-undang di Universiti Panthéon-Assas dan telah menjadi seorang peguam. Beliau menyertai parti Barisan Nasional pada tahun 1988 dan menjadi terkenal, dipilih untuk beberapa kedudukan politik seperti Ahli Parlimen Eropah pada tahun 2004, mengantikan ayahnya, Jean-Marie Le Pen, sebagai ketua parti tersebut pada 2011.[1]

Berkaitan