Menu
Mario Gómez Kerjaya antarabangsaGómez memegang kewarganegaraan Sepanyol dan Jerman tetapi bermain kesemua perlawanan pasukan remaja Jerman sejak usia 17. Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 7 Februari 2007 menentang Switzerland, Jerman menang 3-1 dan Gomez menjaringkan gol kedua buat Jerman. Pada perlawanan kedua, beliau menjaringkan dua gol pada saingan kelayakan Euro 2008 menentang San Marino, 6-0.
Selepas Gómez tampil pada perlawanan persahabatan pra-kejohanan, Joachim Löw memanggil beliau untuk skuad Jerman ke Euro 2008. Low mengatur jentera serangan akan diambil oleh Lukas Podolski dan Miroslav Klose, Podolski dikeluarkan untuk ke sayap kiri dan Gomez bersama Klose bermain di bahagian penyerang. Beliau tidak banyak bermain pada Euro tetapi beliau bermain pada perlawanan akhir menentang Sepanyol. Beliau menggantikan Klose dan tidak berjaya mengubah keputusan tewas 1-0 pada 29 Jun 2008.
Pada satu perlawanan persahabatan menentang Emiriah Arab Bersatu pada 2 Jun 2009, Gomez menjaringkan empat gol dan pasukannya menang 7-2.
Gómez termasuk dalam skuad 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Beliau bermain empat daripada tujuh perlawanan Jerman di Piala Dunia iaitu menentang Australia, Serbia, England dan Sepanyol. Beliau tidak berjaya menjaringkan sebarang gol di kejohanan dunia tersebut.
Walaupun menjadi pilihan kedua penyerang di belakang Miroslav Klose ketika kempen kelayakan Euro 2012, Gomez bermain dengan baik dan menjaringkan banyak gol, termasuk menentang Kazakhstan, Austria, Azerbaijan, Turki dan juga Belgium.
Gomez menjadi kapten pasukan Jerman buat pertama kali ketika seri 3-3 menentang Ukraine.
Gómez menjaringkan gol tunggal perlawanan ketika menentang Portugal pada perlawanan pertama UEFA Euro 2012. Beliau kemudian menjaringkan dua gol ketika menentang Belanda. Pada akhir kejohanan, beliau menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan menjaringkan tiga gol bersama dengan Fernando Torres. Tetapi keputusan memihak kepada Torres kerana beliau membuat satu hantaran.
Selepas mengalami kecederaan pada musim 2013-14, beliau tidak termasuk dalam skuad Piala Dunia FIfa 2014 oleh Joachim Low.
# | Tarikh | Lokasi | Pasukan lawan | Skor | Keputusan | Kejohanan |
---|---|---|---|---|---|---|
1. | 7 Februari 2007 | Düsseldorf, Jerman | Switzerland | 2–0 | 3–1 | Persahabatan |
2. | 2 Jun 2007 | Nuremberg, Jerman | San Marino | 4–0 | 6–0 | Kelayakan Euro 2008 |
3. | 5–0 | |||||
4. | 6 Februari 2008 | Vienna, Austria | Austria | 3–0 | 3–0 | Persahabatan |
5. | 26 Mac 2008 | Basel, Switzerland | Switzerland | 2–0 | 4–0 | Persahabatan |
6. | 3–0 | |||||
7. | 2 Jun 2009 | Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu | Emiriah Arab Bersatu | 2–0 | 7–2 | Persahabatan |
8. | 4–0 | |||||
9. | 5–0 | |||||
10. | 7–2 | |||||
11. | 5 September 2009 | Leverkusen, Jerman | Afrika Selatan | 1–0 | 2–0 | Persahabatan |
12. | 29 Mei 2010 | Budapest, Hungary | Hungary | 2–0 | 3–0 | Persahabatan |
13. | 11 Ogos 2010 | Copenhagen, Denmark | Denmark | 1–0 | 2–2 | Persahabatan |
14. | 12 Oktober 2010 | Astana, Kazakhstan | Kazakhstan | 2–0 | 3–0 | Kelayakan Euro 2012 |
15. | 29 Mac 2011 | Mönchengladbach, Jerman | Australia | 1–0 | 1–2 | Persahabatan |
16. | 29 Mei 2011 | Sinsheim, Jerman | Uruguay | 1–0 | 2–1 | Persahabatan |
17. | 3 Jun 2011 | Vienna, Austria | Austria | 1–0 | 2–1 | Kelayakan Euro 2012 |
18. | 2–1 | |||||
19. | 7 Jun 2011 | Baku, Azerbaijan | Azerbaijan | 2–0 | 3–1 | Kelayakan Euro 2012 |
20. | 7 Oktober 2011 | Istanbul, Turki | Turki | 1–0 | 3–1 | Kelayakan Euro 2012 |
21. | 11 Oktober 2011 | Düsseldorf, Jerman | Belgium | 3–0 | 3–1 | Kelayakan Euro 2012 |
22. | 31 Mei 2012 | Leipzig, Jerman | Israel | 1–0 | 2–0 | Persahabatan |
23. | 9 Jun 2012 | Lviv, Ukraine | Portugal | 1–0 | 1–0 | UEFA Euro 2012 |
24. | 13 Jun 2012 | Kharkiv, Ukraine | Belanda | 1–0 | 2–1 | UEFA Euro 2012 |
25. | 2–0 |
Menu
Mario Gómez Kerjaya antarabangsaBerkaitan
Mario Mario (francais) Mario Kart: Double Dash Mario Kart 8 Mario Kart 64 Marionexxes Mario Balotelli Mario Kempes Mario Gómez Mario DraghiRujukan
WikiPedia: Mario Gómez http://www.fifadata.com/document/fwc/2010/PDF_Back... http://www.mario-gomez.de/ https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Mario_...