Marion_Cotillard
Marion_Cotillard

Marion_Cotillard

Marion Cotillard (Perancis: [maʁjɔ̃ kɔtijaʁ]  ( dengar); lahir 30 September 1975) ialah seorang pelakon, penyanyi-penulis lagu, pemuzik dan ahli alam sekitar Perancis.[1] Beliau ialah penerima Anugerah Akademi, Anugerah BAFTA, Anugerah Golden Globe, dua Anugerah César, Anugerah Eropah, dan Anugerah Lumières. Beliau menerima Ordre des Arts et des Lettres di Perancis pada 2010, dan dinaikkan pangkat kepada Pegawai pada 2016.Cotillard mempunyai peranan bahasa Inggeris pertama dalam siri televisyen Highlander (1993) dan membuat kemunculan filem pertamanya menerusi The Story of a Boy Who Wanted to Be Kissed (1994). Kejayaannya hadir di dalam filem Perancis paling berjaya Taxi (1998), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah César. Beliau mencipta nama di Hollywood menerusi filem arahan Tim Burton, Big Fish (2003), dan seterusnya muncul dalam filem A Very Long Engagement (2004), yang mana beliau memenangi Anugerah César pertamanya.Bagi lakonannya sebagai penyanyi Perancis, Édith Piaf dalam La Vie en Rose (2007), Cotillard meraih pengiktirafan sedunia dan memenangi Anugerah César keduanya, Anugerah BAFTA, Anugerah Golden Globe, Anugerah Lumières dan Anugerah Akademi bagi Pelakon Wanita Terbaik, menjadi pelakon pertama dan (setakat pada 2018) satu-satunya untuk memenangi Anugerah Akademi untuk persembahan berbahasa Perancis, dan juga pelakon kedua dan satu daripada enam pelakon yang telah memenangi anugerah ini untuk persembahan berbahasa asing. Persembahannya dalam Nine (2009) dan Rust and Bone (2012) melayakkan Cotillard menerima dua pencalonan Golden Globe, dan untuk Two Days, One Night (2014), beliau menerima pencalonan Anugerah Akademi kedua untuk Pelakon Terbaik, yang juga merupakan pencalonan kedua untuk filem bahasa Perancis. Cotillard menjadi salah satu daripada enam pelakon untuk menerima banyak pencalonan Anugerah Akademi untuk persembahan berbahasa asing.Cotillard melakonkan Joan of Arc dalam pementasan di beberapa negara antara 2005 dan 2015 dalam oratorio Jeanne d'Arc au bûcher. Filem bahasa Inggeris beliau termasuk Public Enemies (2009), Inception (2010), The Dark Knight Rises (2012), Macbeth (2015), dan Allied (2016). Beliau meminjamkan suaranya dalam filem animasi The Little Prince (2015), April and the Extraordinary World (2015) dan versi Perancis Minions (2015). Filem Perancis dan Belgium beliau ialah La Belle Verte (1996), War in the Highlands (1999), Pretty Things (2001), Love Me If You Dare (2003), Innocence (2004), Toi et Moi (2006) dan Dikkenek (2006).[2][3][4]

Marion_Cotillard

Pekerjaan Pelakon, penyanyi, pemuzik, ahli alam sekitar
Pasangan Guillaume Canet (2007–kini)
Tahun aktif 1993–kini
Anak 2
Nama lain Simone
Kelahiran (1975-09-30) 30 September 1975 (umur 44)
Paris, Perancis

Rujukan

WikiPedia: Marion_Cotillard http://www.cbo-boxoffice.com/v4/page000.php3?inc=f... http://www.imdb.com/name/nm0182839/ http://www.jpbox-office.com/fichacteur.php?id=246 http://tcmdb.com/participant/participant.jsp?parti... http://www.the-numbers.com/person/32490401-Marion-... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p292085699 http://www.greenpeace.org/international/en/news/fe... http://isni.org/isni/000000012129929X