Mars_Reconnaissance_Orbiter
Mars_Reconnaissance_Orbiter

Mars_Reconnaissance_Orbiter

Mars Reconnaissance Orbiter (MRO) adalah kapal angkasa lepas pelbagai guna yang direka untuk melakukan peninjauan dan penerokaan Marikh dari orbit. Kapal angkasa yang menelan belanja AS$720 juta ini dibina oleh Lockheed Martin dengan penyeliaan dari Jet Propulsion Laboratory. MRO dilancarkan pada 12 Ogos 2005 dan tiba di orbit Marikh pada 10 Mac 2006. Pada November 2006, selepas lima bulan aerobrek, ia memasuki orbit akhirnya dan memulakan fasa sainsnya.

Mars_Reconnaissance_Orbiter

Kenderaan Pelancar Roket Atlas V-401
Jenis misi Pengorbit
Tempoh misi 2 tahun
Satelit kepada Marikh
ID COSPAR 2005-029A
Kuasa Dua panel solar, 2,000 W
Kontraktor utama Lockheed Martin Space Systems, Universiti Arizona, Applied Physics Laboratory Universiti Johns Hopkins, Italian Space Agency, Malin Space Science Systems, JPL
Laman web Mars Reconnaissance Orbiter
Tarikh Masuk Orbit 10 Mac 2006
Jisim 2,180 kg (4,806 lb) dengan bahan api
Tarikh Berlepas 12 Ogos 2005
Pengendali NASA