Jet_Propulsion_Laboratory

Makmal Perejangan Jet (Bahasa Inggeris: Jet Propulsion Laboratory, dipendekkan sebagai JPL) ialah sebuah pusat kajian dan pembangunan biayaan pemerintah persekutuan Amerika Syarikat dan pusat padang NASA yang terletak di kawasan Lembah San Gabriel bagi Kaunti Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Kemudahan ini beribu pejabat di bandar raya Pasadena[1] di sempadan antara La Cañada Flintridge dan Pasadena. JPL diuruskan oleh Institut Teknologi California (Caltech) untuk NASA. Fungsi utama makmal ini ialah pembinaan dan pengendalian kapal angkasa planet robotik, di samping turut mengendalikan misi-misi orbit Bumi dan astronomi. Selain itu, ia juga bertanggungjawab mengendalikan Rangkaian Angkasa Jauh NASA. Antara projek terkini makmal ini ialah misi Cassini–Huygens ke Zuhal, Perayau Penjelajahan Marikh (Spirit dan Opportunity), Pengorbit Peninjauan Marikh, misi Dawn ke Ceres dan Vesta, serta Teleskop Angkasa Spitzer. Kemudahan Operasi Penerbangan Angkasa dan Pensimulasi Angkasa Dua-Puluh-Lima-Kaki JPL adalah Mercu Tanda Bersejarah Kebangsaan NASA.