Universiti_Johns_Hopkins

Universiti Johns Hopkins, (bahasa Inggeris: The Johns Hopkins University) adalah sebuah universiti penyelidikan swasta terletak di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat. Johns Hopkins juga mengekalkan kampus sepenuh masa di Maryland, Washington, D.C., Itali, China, dan Singapura. Universiti Johns Hopkins mempunyai hopsital dan sekolah perubatan bergabung. Ia adalah salah satu dari empat belas ahli pengasas Persatuan Universiti Amerika.Universiti ini dinamakan bersempena Johns Hopkins, yang meninggalkan $7 juta dalam wasiat 1873nya untuk mengasas universiti dan Hospital Johns Hopkins. Pada waktu itu, ini adalah pewasiatan bersifat dermawan terbesar dalam sejarah A.S., bersamaan $131 juta lebih dalam tahun 2006.[meragukanbincang] Universiti ini dibuka pada 22 Februari 1876, dengan sasaran tertera "Penggalakan penyelidikan…dan kemajuan cendekiawan individu, yang dengan kecemerlangan mereka akan memajukan sains yang mereka buru, dan masyarakat di mana mereka menghuni."[5]Johns Hopkins adalah universiti A.S. pertama untuk menggunakan model universiti Jerman dibangunkan oleh Wilhelm von Humboldt dan Friedrich Daniel Ernst Schleiermacher.[6] Johns Hopkins adalah universiti A.S. pertama untuk mengajar melalui seminar, berbanding hanya melalui syarahan, dan juga universiti A.S. pertama untuk memberikan suatu jurusan prasiswazah (dibandingkan dengan suatu kurikulum seni liberal yang asli).[7] Oleh itu, Johns Hopkins adalah model untuk kebanyakan universiti penyelidikan besar di Amerika Syarikat, khususnya Universiti Chicago.[8]Menurut National Science Foundation (NSF), Johns Hopkins melakukan $1.68 bilion dalam penyelidikan sains, perubatan dan kejuruteraan dalam tahun fiskal 2008. NSF telah menempatan universiti ini #1 di kalangan institusi akademik A.S. dalam jumlah belanja penyelidikan dan pembangunan untuk tahun ke-30 berturut-turut,[9] dan ia di kalangan institusi paling dipetik di dunia.[10]Pada 2009, Johns Hopkins telah mengijazahkan lime belas pemenang Hadiah Nobel, meletakkan alumninya ke-8 dalam pengeluaran Hadiah Nodel di kalangan universiti Amerika (di belakang Yale dan di hadapan Princeton) dan ke-11 tertinggi di seluruh dunia.[perlu rujukan]

Universiti_Johns_Hopkins

Ditubuhkan pada 1876
Pembiayaan AS $1.98 bilion[1]
Ijazah/Sarjana 14,275[4]
Staf akademik 3,100 (penuh masa)[2]
Moto dalam bahasa Inggeris Kebenaran akan membebaskan anda
(The Truth Will Set You Free)
Warna Kencana lama & Sable
          (Akademik)
Columbia blue & Hitam
          (Olahraga)
Lokasi Baltimore, MD, AS
Siswazah 4,744[3]
Kampus Negeri Maryland (MD)
Washington, D.C.
Bologna, Itali
Nanjing, China
Singapura
Provos Lloyd B. Minor
Presiden Ronald J. Daniels
Laman web www.jhu.edu
Moto Veritas vos Liberabit
         (Latin)
Staf pentadbiran 15,000 (penuh masa)[2]
Jenis Swasta
Olahraga Division I Lacrosse
NCAA Division III
Centennial Conference
Nickname Blue Jays

Rujukan

WikiPedia: Universiti_Johns_Hopkins http://www.academicanalytics.com/TopSchools/TopPro... http://www.baltimoresun.com/entertainment/visitor/... http://www.baltimoresun.com/news/local/bal-md.vozz... http://chronicle.com/stats/productivity/page.php?y... http://www.einsteinbros.com/index.cfm http://www.flickr.com/map/?&fLat=39.327476&fLon=-7... http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&geocode=&q=W... http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.hopkinsfilmfest.com http://www.jhunewsletter.com