Sejarah Masakan_Sichuan

Restoran Sichuan di Johor, Malaysia.

Sichuan pada Zaman Pertengahan menerima dengan baik tanaman Timur Dekat, seperti kacang buncis besar, bijan, dan walnut, dan bermula pada abad ke-16 senarai nama tanaman utama telah dilanjutkan oleh pendatang baru dari Dunia Baru. Cili terkenalnya datang dari Mexico, tetapi mungkin melalui jalan darat dari India atau melalui sungai dari Macao, menggantikan lada pedas zaman purba dan melengkapi lada Sichuan (huajiao). Pendatang baru lain dari Dunia Baru adalah termasuk jagung, yang sebahagian besarnya menggantikan sekoi; kentang putih diperkenalkan oleh perwakilan Katolik; dan keledek. Populasi pula telah berkurangan sebanyak mungkin tiga suku dalam peperangan dari dinasti Ming ke Qing dan peneroka dari wilayah Hunan berdekatan juga membawa cara masakan mereka bersama.[4]

Sichuan secara kolokialnya dikenali sebagai "negara bak syurga" kerana limpahan makanan dan sumber semula jadi. Satu pernyataan Cina purba mengisytiharkan bahawa "rakyat Sichuan mempunyai rasa yang baik, dan mereka gemar rasa pedas dan berempah."[5] Kebanyakan hidangan Szechuan adalah pedas, namum turut terdapat hidangan biasa termasuklah masakan tidak pedas untuk menyejukkan lelangit. Masakan Szechuan terdiri daripada tujuh perisa asas: masam, tajam, pedas, manis, pahit, aromatik, dan masin. Makanan Szechuan dibahagikan kepada lima jenis: jamuan mewah, jamuan biasa, makanan dipopularkan, makanan gaya-rumah, dan makanan ringan. Versi hidangan Sichuan yang lebih ringan kekal menjadi ruji masakan Cina Amerika.[5]