Masjid_al-Syed_Hasyim

Masjid al-Syed Hasyim (Bahasa Arab: مسجد السيد هاشم‎ transl: Masjid as-Sayed Hāshim) ialah satu daripada masjid yang terbesar dan tertua di Kota Gaza. Masjid ini terletak di Daerah al-Daraj Kota Lama, berdekatan Jalan Wihdah. Mengikut periwayatan Islam, makam Hasyim bin Abdul Manaf, moyang Nabi Muhammad SAW, yang meninggal dunia di Gaza semasa perjalanan perdaganagan, terletak di bawah kubah masjid.[1]Sebuah masjid dan hostel terletak di tapak kini semenjak sekurang-kurangnnya abad ke-12 M. Masjid mempunyai sebuah madrasah dan merupakan pusat pendidikan agama dalam abad ke-19 dan ke-20. Masjid dinamakan sempena nama Hasyim. Masjid al-Syed Hasyim sering dikunjungi pedagang dari Mesir, Semenanjung Arab dan Maghribi.[1]Masjid yang ada sekarang dibina dalam tahun 1850, atas arahan sultan Uthmaniyah, Abdülmecid I. Sebahagian daripada bahan binaan lama yang digunakn buat pembuatan masjid diperoleh dari masjid-masjid dan bangunan-bangunan lain yang dimusnahkan tentera Napoleon Bonaparte. Menara Utmaniyah asal dibina semula dalam tahun 1903 dan ruang utara dan barat juga dibina dalam tempoh yang sama. Makam Hasyim terletak di sudut barat laut masjid.[1]