Massif_Tamu
Massif_Tamu

Massif_Tamu

Massif Tamu ialah sebuah gunung berapi perisai bawah laut mati yang terletak di barat laut Lautan Pasifik.[3] Kemungkinannya sebagai sebuah gunung berapi tunggal diumumkan pada 5 September 2013. Massif Tamu ialah gunung berapi terbesar di Bumi.[4] Ia terletak di Cangkat Shatsky kira-kira 1,600 km (990 mi) di timur Jepun. Puncaknya terletak kira-kira 1,980 m (6,500 ka) di bawah permukaan laut, dan dasarnya terletak kira-kira 6.4 km (4.0 mi) dalam.[1] Gunung berapi ini 4,400 meter (14,400 ka) tinggi.William Sager, seorang ahli geofizik marin di Jabatan Sains Bumi dan Atmosfera Universiti Houston, mula mengkaji gunung berapi ini pada sekitar 1993 di Texas A&M College of Geosciences. Menurut Sager dan pasukannya, Massif Tamu ialah "gunung berapi perisai tunggal terbesar pernah ditemui di Bumi". Walau ada ciri igneus di planet ini yang lebih besar, seperti Penara Ontong Java, belum diketahui sama ada ia merupakan satu gunung berapi atau kompleks gunung berapi.[7]

Rujukan

WikiPedia: Massif_Tamu http://news.nationalgeographic.com/news/2013/09/13... http://www.sciencedaily.com/releases/2013/09/13090... http://tamutimes.tamu.edu/2013/09/05/worlds-larges... http://www.pifsc.noaa.gov/qrb/2009_2/img/fbsad3_2.... //doi.org/10.1038%2Fnature.2013.13680 http://dx.doi.org/10.1130%2FG21378.1 http://toolserver.org/~verisimilus/Bot/DOI_bot/doi... //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=M... http://www.bbc.co.uk/news/science-environment-2400... http://www.theregister.co.uk/2013/09/05/tamu_massi...