Mat_Moto
Mat_Moto

Mat_Moto

Mat Moto (juga dikenali sebagai Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit) merupakan filem aksi permotoran Malaysia 2016 arahan Pekin Ibrahim dalam pengarahan sulungnya dan dibintangi oleh barisan pelakon A-list[1] iaitu dirinya sendiri, Datuk Rosyam Nor, Zul Huzaimy, Faizal Hussein, Syamsul Yusof, Shaheizy Sam, Cat Farish, Kamarool Hj. Yusof, Falisha Crossley dan Hakim Nawawi.[1][3][4][5]Filem ini mengisahkan mengenai AL (Pekin Ibrahim), seorang pemilik sebuah syarikat suntingan filem yang mengembara ke empat buah negeri untuk menunaikan hajat memiliki empat jenis helmet istimewa yang amat berharga dan digilai oleh penggemar motosikal di tanah air. Pada masa sama Sikha (Falisha Crossley), seorang pelajar praktikal di pejabat AL turut mengikuti lelaki itu dalam pengembaraan untuk mencari keempat-empat helmet tersebut dan ketika itu bermula bibit cinta di antara mereka. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 14 Januari 2016.[6] Filem ini telah memenangi tiga dari lapan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28.[7] Kesinambungan untuk filem ini, sedang dalam perancangan dengan Pekin kembali mengarah, menulis skrip dan menjayakan peranannya.[8]

Mat_Moto

Bahasa Melayu
Pengarah Pekin Ibrahim
Syafiq Yusof
Penerbit Dato Yusof Haslam
Syafiq Yusof
Penulis Pekin Ibrahim
Pecah panggung RM 4.39 juta
Mula ditayangkan 14 Januari 2016
Syarikatpenerbitan
G&Kin Productions Sdn Bhd[1]
Tempoh tayangan 110 minit
Negara Malaysia
Dibintangi oleh Pekin Ibrahim
Datuk Rosyam Nor
Zul Huzaimy
Faizal Hussein
Syamsul Yusof
Shaheizy Sam
Cat Farish
Kamarool Hj. Yusof
Falisha Crossley
Hakim Nawawi
Pengedar Skop Production Sdn Bhd
Viper Studios
FIMTAB Sdn Bhd
Perbelanjaan RM 1 juta[2]

Rujukan

WikiPedia: Mat_Moto http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mat-moto-... http://www.gempak.com/artikel/895/senarai-penuh-ke... http://www.imdb.com/title/tt5767212/ http://kakimuvee.com/2015/07/5-fakta-filem-mat-mot... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/590588-poto... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2016/01/19/syafiq... http://www.bharian.com.my/node/114665