Penerbitan Mat_Moto

Pengarah, Pekin Ibrahim bersama Datuk Rosyam Nor di set penggambaran.

Filem ini berdasarkan dari kisah benar,[9] diilhamkan oleh Allahyarham Azuan Annuar, rakan karib Pekin Ibrahim.[1][10] Filem ini menjalani pengambaraan pada penghujung Mei 2015[5] di tujuh buah negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Kedah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur dan mengambil masa 23 hari untuk disiapkan.[1] Sekumpulan besar mat motor tempatan telah menjadi pelakon tambahan untuk setiap lokasi. Filem ini juga telah mendapat sokongan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).[1] Untuk menjayakan watak Sikha, Falisha Crossley telah memotong rambutnya agar menjadi pendek.[11][2][12][13]

Pelakon utama filem Remp-It (2006) Cat Farish dan Zulhuzaimy serta Syamsul Yusof dan Shaheizy Sam yang sebelum ini memegang peranan utama dalam filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2008) mengulangi peranan mereka masing-masing. Rosyam Nor yang terkenal dengan watak Shahrol dan Faizal Hussein dengan watak Pit dalam siri filem KL Menjerit (2002-2005) menjayakan kembali peranannya dan Kamarool Haji Yusoff kembali menjadi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja ( 1986 ) . Syafiq Yusof yang terkenal dengan filem arahannya seperti SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012) dan Villa Nabila (2015) berkhidmat sebagai pengarah bersama.[14]

Skrip Mat Moto ditulis sendiri oleh Pekin bermula dari awal hingga akhir, beliau menjelaskan lebih selesa mengarahkan hasil karya sendiri berbanding karya orang lain: "Lebih baik saya yang tulis skrip dan kemudian arahkan karya tersebut. Mengarah dengan skrip tulisan sendiri lebih baik kerana saya bebas membayangkan bagaimana hendak mencorakkan jalan ceritanya."[15] Filem ini ditujukan khas untuk allahyarham Azwan yang kembali ke Rahmatullah pada 18 April 2015 akibat sakit jantung.[10][16]

Rujukan

WikiPedia: Mat_Moto http://www.astroawani.com/berita-hiburan/mat-moto-... http://www.gempak.com/artikel/895/senarai-penuh-ke... http://www.imdb.com/title/tt5767212/ http://kakimuvee.com/2015/07/5-fakta-filem-mat-mot... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/590588-poto... http://www.star2.com/entertainment/movies/movie-ne... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita... http://bm.therakyatpost.com/buzz/2016/01/19/syafiq... http://www.bharian.com.my/node/114665