Mat_Sentol
Mat_Sentol

Mat_Sentol

Mat Sentol atau nama sebenarnya Abdul Rasip bin Yahya ialah salah seorang pelakon di Cathay-Keris Film Productions, Singapura sekitar 1950-an ,1960-an dan 1970-an. Mat Sentol dahulunya dikenali suatu ketika dahulu menerusi filem arahannya yang turut dilakonkan olehnya sendiri kesinambungannya dengan setiap di awal tajuk filem itu dimulakan dengan perkataan Mat diambil sempena namanya.[2]Selain berlakon dan mengarah, dia juga berbakat dalam bidang animasi, penulis skrip drama dan filem, jurusolek artis dan penggunaan kesan khas yang mana beliau mencipta pelbagai teknik penggambaran dalam filem arahannya. Mat Sentol kini menetap di Johor Bahru bersama keluarganya menguruskan syarikat berkaitan pengiklanan filem.[3]