Haineko Matsumoto_Rangiku

Tahap shikai Haineko.

Zanpakutō Rangiku bergelar Haineko (灰猫, makna masar: Kucing Abu). Bahagian pemegangnya berbentuk kepala kucing. Bentuk zanpakutō Rangiku adalah seperti sebilah wakizashi lurus. Arahan untuk mengaktifkan Haineko ialah "deram" (唸れ, unare).

Dalam tahap shikainya, Haineko larut menjadi abu, membenarkan Rangiku mengawal abunya. Abunya mampu memotong bersih objek-objek sepertimana yang mampu dilakukan sebilah pedang, menggunakan prinsip yang serupa dengan Senbonzakura Kuchiki Byakuya. Dalam judul permainan video Bleach iaitu Bleach: Heat the Soul 3, abu yang dihasilkan Haineko mampu bergabung menjadi seekor kucing atau sejenis binatang berupa seekor harimau bintang.

Rangiku sedang cuba mempelajari tahap bankai Haineko, namun, Haineko yang seringkali bersifat muram, malas, dan mementingkan diri sendiri seperti tuannya menjadikan proses ini lebih sukar.[2]