Peristilahan Mawas

Perkataan "mawas" dalam bahasa Melayu pada mulanya hanya memaksudkan orang utan, tetapi semenjak itu dikembangkan kepada semua primat yang tidak berekor kecuali manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "mawas" membawa maksud "sejenis monyet besar dalam famili Pongidae, termasuk orang hutan dan cimpanzi,"[5] merujuk kepada takson Pongidae yang kini sudah lapuk.

Istilah hominoid jangan disamakan dengan hominid (keluarga mawas besar) atau hominin, iaitu puak manusia yang juga dikenali sebagai klad manusia; ataupun mana-mana takson primat yang serupa ejaan dan bunyinya. Perbezaan antara mawas dan monyet dirumitkan oleh parafili monyet tradisional, yang mana mawas itu muncul sebagai kelompok saudara bagi monyet Dunia Lama dalam rumpun Catarrhini yang merupakan kelompok saudara bagi monyet Dunia Baru. Oleh itu, dari segi klad, rumpun-rumpun mawas, Catarrhini dan kelompok pupus semasa seperti Parapithecidaea juga dikira monyet, tanpa mengira bagaimana definisi setepatnya.

Primat-primat yang kini dikenali sebagai "mawas" (ape dalam bahasa Inggeris) mula dikenali oleh orang Eropah selepas abad ke-18. Sejajar dengan perkembangan ilmu zoologi, jelaslah bahawa ketiadaan ekor didapati pada beberapa spesies yang berbeza-beza. Sir Wilfrid Le Gros Clark adalah antara ahli-ahli primatologi yang mengemukakan gagasan bahawa terdapat arah-arah aliran dalam evolusi primat, malah ahli-ahli yang wujud dapat disusun secara "meningkat" dari "monyet" hingga "mawas" hinggalah manusia. Atas kelaziman inilah "mawas" memaksudkan semua ahli superkeluarga Hominoidea kecuali manusia.[6] Oleh yang demikian, penggunaan "mawas" merupakan pengelasan parafili, iaitu walaupun semua spesies mawas diturunkan dari leluhur yang sama, namun pengelasan ini tidak merangkumi semua spesies keturunan kerana manusia terkecuali daripada kalangan mawas.[lower-alpha 2]

Kladogram superkeluarga Hominoidae menunjukkan hubungan antara hominoid ekstan yang diterima umum kini.[7][8][9] Setiap klad dinyatakan berapa juta tahun dahulu (jtd) berpancarnya klad-klad baharu.[10]

 Hominoidea/mawas (20.4 jtd)
 Hominidae/mawas besar (15.7 jtd)
 Homininae (8.8 jtd)
 Hominini (6.3 jtd)

manusia (genus Homo)



cimpanzi (genus Pan)




gorillas (genus Gorilla)




orang utan (genus Pongo)




ungka (keluarga Hylobatidae)




Cercopithecoidea  monyet Dunia Lama